Durian Segar Malaysia Mungkin Hadapi Persaingan Pasaran Sengit

2024-07-04 15:37:05  CRI
Share with:

Si kecil tamat peperiksaan tingkatan 5 sekolah rendah, Satria membeli sebiji durian Musang King untuk meraihkan. (Sebenarnya saya sendiri penggemar durian.) Durian sejuk beku itu seberat 2kg dengan harganya RM175. Bagaimanapun rasanya tak begitu sedap lagi seperti durian segar.

 

Berita yang baik adalah China dan Malaysia telah mencapai persepakatan untuk mengimport duria segar dari Malaysia. Dimaklumkan raja buah kumpulan pertama akan dihantar ke bandar-bandar besar di China termasuk Beijing dengan penerbangan kargo. Ini bermakna Satria berpeluang mencuba Musang King yang segar di Beijing, tapi pada masa yang sama, harganya mesti cukup tinggi ekoran kos logistik.

 

Pengimportan durian dari Malaysia ke China tidak begitu mudah berikutan jarak kedua-dua negara yang agak jauh. Bagaimanapun perubahan pengimportan dari durian sejuk beku dalam bentuk ulas dan pes hingga durian sejuk beku dalam bentuk biji, dan akhirnya buah durian segar pada masa ini, turut memperlihatkan kebijaksanaan kerajaan kedua-dua negara untuk membantu durian Malaysia meneroka pasaran yang terbesar di dunia. Kali ini pemimpin kedua-dua negara mencuba durian dalam majlis sambutan di Kuala Lumpur pula menjadi tular di media sosial. Oleh itu, “diplomat durian” terbukti memainkan peranan lebih penting berbanding perdagangan dalam hubungan bilateral.

 

Bagaimanapun, persaingan pasaran durian pula semakin sengit. Selain durian Thailand yang sudah lama mendominasi pasaran China dan durian Malaysia yang cuba meneroka pasaran ini selama belasan tahun, kini durian juga ditanam di Pulau Hainan.

 

Cabaran yang lebih besar mungkin dari Veitnam. Jenis durian Vietnam yang kini dipasarkan di China bukan sahaja meliputi Monthong yang sama dengan Thailand, tetapi juga Musang King yang sama dengan Malaysia. Malah dengan lokasi geografinya yang berjiran dengan China, durian Vietnam mempunyai kelebihan tersendiri. Memandangkan potensi yang cukup besar, banyak kebun tempatan telah diubahsuai menjadi kebun durian, dan perubahan ini telah membawa cabaran kepada kedai kopi di tepi jalan yang amat istimewa di negara itu. Sebab banyak kebun kopi kini menjadi kebun durian untuk mendapat keuntungan lebih besar.

 

Menghadapi keadaan ini, durian Malaysia nak terus mengekalkan kedudukan yang harga mahal, berkualiti tinggi tapi jumlahnya kecil di pasaran China mungkin tidak begitu mudah lagi.

 

Satria berpendapat, Malaysia bolehlah menimba pengalaman dari Thailand, juga mengeksport durian yang dipercepat proses pematangan dengan cara yang selamat ke China. Pasaran China tidak menolak durian tersebut. Ini telah terbukti dari kejayaan Monthong Thailand. Teknologi mempercepat matangnya buah durian pula membantu mengatasi masalah jarak jauh dan kos logistik tinggi.

 

Yang paling penting, ia akan membantu durian Malaysia merebut kuota pasaran di China sebelum pokok durian yang baru ditanam di Vietnam berbuah pada dua tahun akan datang.