Xi Ditemui Perdana Menteri Kepulauan Solomon

2024-07-13 15:06:58  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Perdana Menteri Kepulauan Solomon, Jeremiah Manele yang berada dalam jadual lawatan rasmi di Dewan Besar Rakyat di bandar Beijing pada Jumaat.


 Xi menyatakan, China menyokong Kepulauan Solomon yang dilihat sebagai sahabat, rakan dan saudara yang baik, memilih jalan pembangunan yang bersesuaian dengan keadaan negara sendiri. 


"China bersedia bersama dengan Kepulauan Solomon merancakkan komunikasi yang bersifat strategik , saling menyokong kepentingan teras dan keprihatinan utama yang dijaga masing-masing,  meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur & Laluan (BRI) anjuran China dengan strategi pembangunan Kepulauan Solomon, memperhalusi kolaborasi dalam pembangunan desa, perkhidmatan perubatan, infrastruktur, pembangunan boleh kitar semula, menangani isu perubahan iklim, dan menggembeleng tenaga membina komuniti berkongsi nasib kedua-dua negara pada zaman baharu demi kesejahteraan rakyat. " kata Xi.


Beliau juga menegaskan, kerjasama China dengan negara-negara kepulauan Pasifik yang bersifat bantu-membantu di bawah "Kerjasama Selatan-selatan", tidak menyasarkan kepada pihak ketiga dan bukan untuk tujuan mengaut laba pribadi. 


Jeremiah Manele menyatakan, negaranya banyak memanfaatkan BRI melalui penglibatan dalam pembinaan bersama. Kepulauan Soloman konsisten dalam menaati prinsip Satu China, menentang "kemerdekaan Taiwan" dalam apa jua bentuk, dan mengharapkan peningkatan lagi perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara yang dipercayai boleh menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib.