Apakah Misi Duta Besar?

2024-07-24 15:05:11  CRI
Share with:

Duta Besar China ke Kemboja, Wang Wenbin yang dilantik pada Jun, baru-baru ini ada memuat naik video kunjungan beliau ke satu pasar raya di Phnom Penh untuk menghayati keadaan masyarakat tempatan. Beliau sempat mencuba gajus dan mempromosikannya kepada pelancong China.

 

Manakala Duta Besar China ke Filipina, Huang Xilian baru-baru ini menyertai aktiviti anjuran Wanita Pertama negara itu, Liza Marcos dan berkesempatan untuk berbual-bual dengan isteri kepada Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr tersebut. Huang Xilian berkata bahawa dia ada membeli sedikit hasil kraf tangan di bandar Zamboanga. Menariknya, topik perbualan antara Duta Besar China ke Filipina dengan Liza Marcos menarik minat media tempatan dan hasil analisis mendapati pelabuhan di Zamboanga merupakan salah satu pelabuhan yang dikunjungi Laksamana Cheng Ho. Ini sekaligus menunjukkan bahawa China dan Filipina sudah berhubungan sejak lama dan patut mengekalkan kedamaian antara kedua-dua negara.

 

Bagaimanapun berbeza dengan apa yang dilakukan oleh Duta Besar Amerika Syarikat ke China, Nicholas Burns baru-baru ini. Apa yang beliau telah lakukan?

 

Dikatakan beliau merupakan penggemar HSR dan kerap mengunjungi pelbagai bandar di China dengan menaiki HSR. Baru-baru ini, Nicholas Burns telah mengunjungi Mongolia Dalam untuk menghayati budaya tradisional tempatan, malah beliau sempat berkunjung ke Kuil Buddha Tibet Dazhao yang terletak di Hohhot, yang mempunyai sejarah lebih 400 tahun.

 

Umum mengetahui, misi sebagai seorang duta besar sesebuah negara adalah untuk mendalami dan melihat keadaan sesebuah negara sebelum melaporkannya kepada kerajaan supaya menggubal dasar yang betul. Namun bagi Nicholas Burns, walaupun faham dengan jelas mengenai keadaan yang harmoni dan berkembang baik di Tibet dan Mongolia Dalam, China, beliau sebaliknya menyokong akta baharu yang diluluskan dan dimeterai di Washington dengan alasan “menggalakkan penyelesaian pertikaian China-Tibet”.

 

Dapat dilihat, Nicholas Burns tidak memenuhi tanggungjawabnya sebagai duta besar kerana tidak melaporkan apa yang dilihatnya dalam kunjungan ke pelbagai tempat di China. Malah beliau tidak juga membantu Washington memahami keadaan sebenar di China, sebaliknya menjadi “peluru” mengikut agenda politik Washington sahaja.

 

Ini bukan peranan yang seharusnya dimainkan oleh seorang duta besar, seperti yang dilakukan oleh duta-duta besar negara lain di China.

 

Diplomat atau wakil dari Mesir, Algeria, Arab Saudi, Qatar, Jordan, Syria, Lubnen, Rusia dan Turkiye bersama-sama menyaksikan pemeteraian Deklarasi Beijing yang memperjuangkan hak dan kebebasan rakyat Palestin yang dimeterai oleh 14 puak Palestin, termasuk Fatah dan Hamas.

 

Meskipun ini bukan peristiwa bilateral, tapi kehadiran mereka telah memperlihatkan sokongan kepada usaha damai. Semangat mufakat adalah kata kunci untuk bersama-sama menghadapi cabaran global.