Wartawan Utusan Online, Encik Hasani Hassan sedang merakamkan gambar bahagian dalam Stadium "Sarang Burung" di Beijing.
(oleh Encik Hasani Hassan, Utusan)
Pertama kali saya melihat rekabentuk bangunan stadium olimpik Beijing atau lebih dikenali sebagai stadium "Sarang Burung" sewaktu kejohanan olimpik pada tahun 2008 yang lalu saya memang terasa kagum dengan kecantikan dan keunikannya.
Saya percaya ramai orang lain juga terasa begitu, namun hari ini saya rasa sangat bangga kerana diberi peluang oleh China Radio International untuk mengunjunginya, kerana bukan ramai orang berpeluang untuk datang ke sini lebih-lebih lagi meninjau bilik-bilik tetamu istimewa serta lokasi tempat duduk nombor satu stadium iaitu tempat Presiden China, Hu Jintao serta pembesar-pembesar lain negara.