Cari:
Warisan Tradisi dalam Arus Kemodenan Beijing
2011-09-18 17:11:07 CRI Cetak

Wartawan Utusan Online, Encik Hasani Hassan melawat ke rumah tradisional penduduk Beijing di kawasan Shichahai.

Kepelbagaian budaya di Beijing ini juga ditonjolkan dalam banyak acara dan pertunjukan. Secara kebetulan Beijing juga meraikan pelancaran Festival Pelancongan Antarabangsa ke-13 di Qianmen pada hari saya berkunjung ke bandar ini.

Sambutan tahunan yang bertemakan "Lihat Beijing, Dengar Beijing, Hayati Beijing" itu menampilkan persembahan dan perarakan lebih 30 kumpulan yang mewakili 20 negara.

Seronok bila lihat kebudayaan dari negara-negara luar seperti India, Mexico, Kanada, Australia dan lain-lain diraikan bersama-sama dalam satu pentas.

Penat berjalan di sekitar Beijing bagai terasa lega apabila saya bersantai di tasik Shichahai di waktu malam menaiki sampan sambil minum teh bunga dan dihiburkan dengan tiupan seruling gadis Cina.

Kunjungan ke Beijing terasa sangat singkat, kerana banyak lagi tempat-tempat menarik yang tidak sempat dikunjungi, moga-moga satu hari nanti saya akan kembali lagi ke sini.


1 2 3 4 5
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China