D6(15 Julai): Lawatan ke Taman Adat Resam Etnik Xibe Perjalanan saya hari ini menuju ke Taman Adat Resam Etnik Xibe. Mereka dulukala berhijrah dari utara ke sini 300 tahun dahulu untuk mempertahankan sempadan dari serangan etnik tempatan. Majoriti mereka beragama Buddha, dan berhijrah sejauh 5000 km dari utara. Di sini saya juga diberi peluang belajar memanah dan melawat sejarah Xibe serta tunjukan tarian tradisional rakyat Xibe. |
D5 (14 Julai): Perjalanan ke Tasik Kanas Perjalanan saya hari ini ke Tasik Kanas, yang bermaksud "The Lake of Canyon". Keluasan tasik 45.78km persegi, airnya yang sejuk dan nyaman begitu segar membuatkan ramai pelancong yang datang bercuti ke sini. Cuacanya yang sejuk amat sesuai untuk si pencinta alam tanpa ada pencemaran dan jauh dari kebisingan kota. |
D4 (13 Julai): Lawatan ke Tianchi Perjalanan dari bandar Urumqi mengambil masa selama satu jam setengah menuju ke Tasik Tianchi, cuacanya yang sejuk kerana berhampiran dengan kawasan pergunungan dan ianya boleh dikatakan menjadi kegilaan kepada jurugambar yang sukakan foto alam semula jadi. |
D3 (12 Julai): Kunjungan ke Kota Turpan Perjalanan hampir 2 jam dari Urumqi ke Turpan hari ini, saya dapat lihat keindahan gunung-ganang serta kehijauan tanaman menyejukan pandangan mata saya. Cuaca di sini sekitar 45 darjah celcius. Kami berhenti seketika di janakuasa tenaga angin Dabancheng. Anginya yang kuat sangat baik untuk menjanakan tenaga elektrik daripada menggunakan bahan api untuk melindungi alam sekitar Xinjiang... |
D2 (11 Julai): Majlis Penyampaian Hadiah Perjalanan saya seawal jam 9 pagi menuju ke muzium Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang. Terdapat 12 etnik yang mendiami wilayah ini dan antaranya etnik Kazak, Mongolia, Uygur, Xibe, Tajik, Rusia, Tatar, Daur, dan Uzbek. Antara tatapan yang menarik perhatian saya adalah mumia yang sudah berusia hampir 1500 tahun ... |
D1 (10 Julai): Lawatan ke Laman Web Tianshan Perjalanan yang mengambil masa selama 3 jam menaiki kapal terbang dari Beijing ke bandar Urumqi yang terletak di wilayah Xinjang membuat saya terpegun melihat Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang yang beragama Islam dan dengan keindahan kotanya. China mempunyai 56 etnik kesemuanya dan etnik Uygur antara etnik minoriti yang besar di China dengan bilangan penduduknya seramai 10 juta. |
Webradio | ||||
|
||||
Siaran Bahasa Melayu: | ||||
|
||||
Jadual Siaran |
Dengar Dalam Talian |
Menarik |
Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga |
Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan |
Lagi>> |