Tiket Masuk Kota Larangan

2017-05-16 16:41:29  CRI
Share with:

Tiket Masuk Kota Larangan

Kota Larangan ( the Forbidden City) merupakan destinasi yang mustahak bagi pelancong yang melawat Beijing, ibu negara China. Ketika musim ramai pengunjung iaitu bermula pada 1 April hingga 31 Oktober, harga tiket masuk Kota Larangan ialah RMB60 (RM39). Ketika musim lembap yang bermula 1 November hingga 31 Mac, harga tiket ialah RMB40 (RM26). Kanak-kanak yang tingginya di bawah 1.2 meter boleh masuk secara percuma. Selain itu, pelajar perlu membeli tiket yang berharga RMB20 (RM13) dan warga emas yang berusia 60 tahun ke atas perlu membeli tiket dengan potongan harga 50% yang sama juga dapat dinikmati kaum wanita ketika Hari Wanita yang jatuh pada 8 March.

 

Tiket masuk Kota Larangan boleh ditempah dalam tempoh 10 hari sebelum jadual kunjungan melalui internet. Laman webnya ialah http://gugong.228.com.cn/. Pengunjung warga China perlu mendaftar maklumat ID dan warga asing perlu mendaftar maklumat pasport, dengan setiap orang hanya layak menempah satu tiket sehari.

admin