Mencari Ibu Kota Dunia Panda di Ya’an

2018-02-08 15:04:10  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_u=3308336310,186400348&fm=27&gp=0

Pada penghujung filem Kongfu Panda 2, unsur saspens mengenai nasib Po terus menarik minat para penonton: bapa Po masih hidup dan mengetahui bahawa Po juga masih hidup. Filem ini berlatarkan gunung yang menghijau dan sungai yang airnya jernih, serta panda-panda yang sedang bekerja keras.

 

Walau bagaimanapun, kebanyakan penonton tidak mengetahui bahawa ibu kota bagi dunia haiwan yang bernilai ini ialah Ya’an di provinsi Sichuan, China.

 

Bandar Ya’an yang jauhnya sejam perjalanan menggunakan kereta dari Chengdu, dikenali sebagai batu permata hijau di kawasan barat China. Terdapat banyak cerita yang menarik dan panorama yang mempesonakan di bandar ini. Hutan asli menyaksikan sejarah evolusi orang hutan kepada manusia, manakala hujan renek seolah-olah menceritakan asal usul terbentuknya dunia ini.

 

Apabila mendengar “ibu kota panda”, kita sewajarnya akan melihat peta untuk memastikan sama ada tempat itu terletak di tengah-tengah sesuatu kawasan atau tempat yang penting. Terdapat empat buah kawasan utama yang merupakan habitat panda di negara ini. Bandar Ya’an betul-betul terletak di tengah-tengah kawasan tersebut.

 

Menurut Laporan Banci Panda Ke-3, habitat panda di Ya’an mencakupi kawasan yang luasnya 4821.96 kilometer persegi, kawasan yang paling luas iaitu 20.93% daripada keluasan habitat panda di seluruh China. Habitat lain panda terletak di kaunti Lushan (463.7 kilometer persegi), kuanti Baoxing (2000.32 kilometer persegi), kaunti Tianquan (1308.35 kilometer persegi), kaunti Yingjing (612.65 kilometer persegi), dan kuanti Shimian (436.94 kilometer persegi).

 

Panorama yang indah permai terbentang di antara Dataran Chengdu dan Dataran Tinggi Qinghai-Tibet, akibat kuasa alam yang menakjubkan, dan juga tempat lahirnya panda, haiwan yang comel dan bernilai ini.

 

Ya’an, yang juga dikenali sebagai tempat penemuan panda pertama, patut diberi gelaran “ibu kota panda”.

 

Sejak tahun 1955, kerajaan China telah memilih 18 ekor panda dari Ya’an untuk dihadiahkan kepada pelbagai negara seperti Amerika Syarikat, Jepun, British, Rusia, Perancis, Jerman, Korea Utara, Mexico dan lain-lain.

 

Panda-panda dari Ya’an yang dihadiahkan oleh kerajaan China itu telah menyaksikan persahabatan antara rakyat China dengan negara-negara berkenaan. Antaranya Lingling dan Xingxing dihadiahkan kepada Amerika Syarikat, Pingping dan An’an untuk bekas Kesatuan Soviet, Nombor 1 dan Nombor 2 serta Lingling, Sanxing dan Dandan untuk Korea Utara, Lanlan, Kangkang dan Huanhuan untuk Jepun, Lili untuk Perancis, Jiajia untuk Britain, Yingying untuk Mexico, serta Tiantian, Quanquan dan Baobao untuk Jerman. Tiap-tiap panda ini telah menjadi utusan yang merapatkan hubungan persahabatan antara rakyat China dengan negara-negara terbabit.

 

Pada tahun 1961, Tabung Alam Sedunia (WWF) memilih imej panda sebagai lambang pertubuhan itu. Kaunti Baoxing di bandar Ya’an telah membuat lebih sepuluh buah arca panda dengan menggunakan batu jed putih, dan menghadiahkan arca-arca tersebut kepada tabung itu untuk dipamerkan di hadapan bangunan ibu pejabat dan perwakilan WWF di seluruh dunia.

 

Panda dianggap kurniaan alam kepada Ya’an, maka melindungi panda serta habitatnya menjadi tugas bersama penduduk bandar ini. Dalam masa beberapa dekad lalu, mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk melancarkan program-program perlindungan demi menjayakan misi tersebut.

 

Berdasarkan keputusan statistik jabatan perhutanan tempatan, bandar Ya’an mempunyai enam buah zon perlindungan alam membabitkan hutan dan haiwan. Antaranya adalah lima zon perlindungan bagi melindungi panda dan habitatnya. Kelima-lima zon perlindungan itu seluas 171.3 ribu hektar, meliputi 26.38% daripada kawasan habitat panda di seluruh bandar Ya’an.

 

Dalam beberapa tahun ini, bandar Ya’an giat mengembangkan pelancongan ekologi supaya mencapai keseimbangan antara pembangunan ekonomi dengan pemuliharaan ekologi serta perlindungan panda dan habitatnya.

王瑾