Li Shimin, Maharaja Dinasti Tang China

2018-03-02 14:30:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_lsm02

 

Pada zaman feudal, maharaja mempunyai kuasa yang amat tinggi. Sehubungan dengan itu, jika seseorang maharaja dapat menerima cadangan yang betul yang dikeluarkan oleh pembesarnya, menaruh perhatian terhadap kehidupan rakyat jelata dan mengurangkan pungutan cukai, maka maharaja itu dianggap sebagai seorang maharaja yang bijak. Seandainya maharaja itu melaksanakan pembaharuan dalam pelbagai bidang dan membuat jasa, maharaja itu dianggap sebagai maharaja yang agung. Li Shimin, Maharaja Dinasti Tang China merupakan seorang maharaja agung sedemikian.

 

Li Shimin ialah maharaja ke-2 Dinasti Tang pada abad ke-7 hingga abad ke-9 Masihi. Baginda naik takhta pada tahun 627 Masihi dan memerintah selama 23 tahun. Walaupun tempoh pemerintahan baginda tidak panjang, tetapi baginda telah membuat kejayaan yang besar dan disanjung tinggi dalam sejarah China. Baginda berusaha melaksanakan pembinaan infrastruktur pertanian dan mengurangkan pungutan cukai terhadap kaum tani. Baginda sangat mementingkan sokongan rakyat jelata. Baginda pernah bertitah bahawa maharaja seperti perahu dan rakyat jelata seperti air sungai, air sungai dapat melayarkan perahu dan juga dapat membalikkan perahu. Ertinya rakyat jelata dapat mendukung pemerintahan dan juga dapat menggulingkan pemerintahan. Titah baginda tersebut telah menjadi moto yang terkenal di China dan dikekalkan sampai sekarang.

 

图片默认标题_fororder_lsm03

Maharaja Li Shimin telah menubuhkan dan menyempurnakan sistem pelantikan pegawai menerusi keputusan peperiksaan dan sistem pendidikan yang selaras dengannya. Sistem itu dilaksanakan selama 1300 tahun di China. Ini diberi penghargaan tinggi dalam sejarah China.

 

Pada zaman sebelum Dinasti Tang, jawatan pegawai biasanya diwarisi mengikut keturunan. Rakyat jelata adalah sukar untuk menjadi pegawai walaupun berbakat. Tidak lama selepas Maharaja Li Shimin naik takhta, baginda menganjurkan penubuhan sistem pelantikan pegawai menerusi keputusan peperiksaan. Subjek-subjek peperiksaan termasuklah undang-undang, sejarah, ilmu matematik, kesusasteraan dan lain-lainnya. Tanpa mengira umur dan keturunan, semua calon mendapat peluang untuk mengikuti peperiksaan tersebut. Calon-calon yang mendapatkan markah terbaik dalam peperiksaan itu akan dilantik sebagai pegawai kerajaan pelbagai peringkat. Sistem itu telah dikekalkan oleh pemerintah pelbagai dinasti China selepas Dinasti Tang. Sistem tersebut membolehkan orang yang berbakat berpeluang dilantik sebagai pegawai kerajaan walaupun kedudukannya dalam masyarakat adalah rendah. Ini bermanfaat bagi pentadbiran kerajaan.

 

Maharaja Li Shimin sentiasa menerima cadangan dan anjuran pembesarnya secara rendah hati. Manurut catatan sejarah, seorang yang bernama Yuan Lushi telah memarahi baginda. Baginda menitahkan supaya Yuan Lushi dibunuh. Mujurlah pembesar Sun Fujia memberikan pendapat bahawa berdasarkan undang-undang, Yuan Lushi tidak melakukan jenayah yang patut dijatuhi hukuman mati, oleh itu dia tidak seharusnya dibunuh. Setelah mendengar pendapat Sun Fujia, baginda telah membebaskan Yuan Lushi dan menghadiahkan sebuah taman kepada Sun Fujia. Ada pembesar lain berpendapat bahawa perkara yang dinyatakan oleh Sun Fujia bukan perkara yang besar dan tidak patut dihadiahkan sebuah taman kepadanya. Baginda menjelaskan bahawa setelah naik takhta, tidak ada orang yang berani mengeluarkan anjuran atau pendapat yang bertentangan dengan pendapat saya, Sun Fujia merupakan orang pertama yang berani berbuat demikian. Oleh itu beliau patut dipuji, jadi saya menganugerahkan hadiah yang berharga kepadanya. Maharaja Li Shimin telah melantik Wei Zheng sebagai pegawai khas yang bertanggungjawab terhadap pengurusan anjuran dan pendapat tentang hal ehwal negara yang dikeluarkan kepada maharaja. Tindakan ini telah menggalakkan ramai orang mengeluarkan anjuran dan pendapat kepada maharaja. Baginda telah memperkotakan janjinya dan menerima anjuran dan pendapat tersebut secara rendah hati. Wei Zheng pernah beberapa kali mengiritik baginda atas tindakan salah yang diambil dan keputusan tidak tepat yang dibuat di hadapan pember-pembesar, tetapi beliau tidak dijatuhi hukuman. Keadaan ini amat jarang berlaku dalam sejarah feudal China.

 

Maharaja Li Shimin bukan saja membuat jasa besar dalam bidang politik dan ketenteraan, tetapi juga membuat sumbangan penting dalam bidang sosial dan kebudayaan. 

王瑾