"Shijing" Karya "Puisi Klasik" Kumpulan Sajak Pertama di China

2018-03-02 16:19:12  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_W020150803543675618541

"Shijing" iaitu Puisi Klasik yang merupakan salah sebuah daripada lima buah karya kumpulan sajak pertama yang paling terkenal dalam sejarah China, merangkumi 305 buah sajak. Sajak ini dihasilkan dalam tempoh lebih 500 tahun yang bermula pada abad ke-11 sebelum Masihi sehingga abad ke-7 sebelum Masih Karya ini amat terkenal di seluruh negara China.

 

Kumpulan sajak ini terdiri daripada sajak-sajak yang dijadikan lirik lagu yang dinyanyikan sambil menari dengan diiringi alat muzik dan amat popular. Kumpulan sajak ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu lagu rakyat dari pelbagai tempat, puisi yang berkait dengan hal ehwal kerajaan dan lagu yang berkaita dengan pemujaan.

 

Penulis "Puisi Klasik" ini meliputi kumpulan pekerja dan bangsawan. Karya " Puisi Klasik" bukan hanya karya kumpulan sajak, malah merupakan kumpulan catatan budaya dari Dinasti Zhou, yang juga dijadikan buku teks kebudayaan yang digunakan oleh bangsawan dalam pendidikan di China bagi jangka masa yang begitu lama. 

 

Tokoh-tokoh kesusasteraan China memberikan penilaian yang tinggi terhadap "Puisi Klasik" itu. "Puisi Klasik" ini . Karya ini merupakan titik permulaan kecemerlangan kesusasteraan di China dan merupakan tanda awal kemajuan kesusasteraan China dari aspek ideologi an kesenian. "Puisi Klasik" ini mempunyai pengaruh yang besar dan menggambarkan kepelbagaian kesusasteraan China dan meninggalkan banyak sajak kepada generasi selepasnya. Kandungan puisi ini meliputi pelbagai aspek kehidupan masyarakat China pada masa awal, seperti sajak-sajak yang mencerminkan pekerjaan, percintaan, peperangan, pemujaan, puji-pujian, ejek-ejekan, adat resam, perkahwinan, perkabungan dan lain-lain.

 

Karya "Puisi Klasik" ini merupakan warisan kesusasteraan China yang berharga dan mempunyai pengaruh yang besar kepada kesusasteraan China seterusnya. 

王瑾