"Daxue"ialah bacaan klasik pada zaman purba China. Bahab bacaan itu ditetapkan sebagai buku pengajaran yang rasmi pada zaman dahulu dan memainkan peranan yang penting dalam pendidikan awam di China.
"Daxue" ditulis oleh ahli falsafah terkenal China, Konfusius dan penuntut beliau pada abad ke-7 sebelum Masehi. Buku yang mempunyai lebih 2000 huruf Mandarin itu membuat kesimpulan tentang prinsip moral dalam falsafah Konfusius, peranan prinsip dalam masyarakat dan kaitannya dengan pentadbiran negara.
Berdasarkan buku itu, kita perlu mempelajari prinsip moral dan sifat manusia yang unggul dan menyempurnakan diri-sendiri. Selepas itu, kita perlu menyebarkan prinsip moral tersebut supaya dunia kita menjadi harmoni.
Buku itu mengemukakan 8 peraturan yang berkait rapat antara satu sama lain bagi setiap individu. Pertama, seseorang itu perlu mendapatkan pengetahuan dan ilmu yang menyeluruh untuk menjadi bijak; hanya orang yang bijak dapat menghalang nafsu yang tidak baik dan menjadi adil dengan hati yang baik; hanya dengan hati yang baik dan adil, orang itu dapat berusaha untuk menyempurnakan dirinya-sendiri; Hanya orang yang mempunyai prinsip moral dan peraturan tingkah-laku yang baik, sahaja yang dapat menjadikan keluaraganya aman dan harmoni; hanya seseorang yang mempunyai kemampuan itu yang layak untuk berkhidmat untuk masyarakat dan mentadbir negara; Hanya dengan mentadbir sebuah negara dengan baik sahaja, barulah keharmonian dapat diwujud di seluruh dunia.
Mungkin konsep hidup penduduk China pada zaman purba, matlamat belajar adalah untuk menjadi kakitangan kerajaan dan inilah nilai hidup mereka. Menurut maksud asas "Daxue", seseorang pentadbir negara perlu meningkatkan pengetahuan dan prinsip dirinya-sendiri.
"Daxue" dikenali sebagai buku yang dapat mencerminkan inti falsafah Konfusius oleh sarjana pelbagai dinasti. Prinsip buku itu mementingkan prinsip moral yang adil dan baik dan kebijakan pentadbir negara mempunyai pengaruh yang penting dalam masyarakat China. Pada zaman sekarang, pandangan dalam buku itu masih mempunyai makna yang positif bagi neningkatkan moral individu dan perkembangan masyarakat.