Topi Tradisional Etnik Uygur

2018-03-03 14:35:43  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_71

Topi tradisional etnik Uygur yang unik juga disebut sebagai "topi Gaba". Ia merupakan hiasan yang penting bagi etnik itu. Pada zaman Dinasti Tang (618-907 Masihi), ramai penduduk lelaki di bahagian barat China memakai topi yang bentuknya unik. Pada zaman Dinasti Ming (1368-1644), penduduk etnik Uygur di kawasan Xinjiang di barat laut China suka memakai topi sulam berwarna-warni dengan pengaruh budaya negara-negara Arab dan Asia Tengah.

图片默认标题_fororder_72

Terdapat pelbagai jenis topi Gaba. Orang etnik Uygur memilih corak topi mengikuti usia, jantina, kesukaan dan kelaziman. Topi untuk wanita atau pemuda biasanya warnanya lebih terang.

图片默认标题_fororder_73

徐国玮