Opera Peking Seni Kebangsaan China

2018-03-05 15:48:53  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_jingjuyanchu

 

Opera Peking ialah sejenis seni tradisional China. Seni yang bersejarah lebih 200 tahun ini mencerminkan budaya China yang istimewa.

 

Dalam perkembangannya, opera ini telah digabungkan dengan keistimewaan opera-opera yang lain, lalu menjadi sejenis seni yang disukai ramai di China.  

 

Opera Peking dipersembahkan dengan cara bernyanyi, berdialog dan berlakon. Wajah para artisnya disolek dengan pelbagai bahan mekap yang berwarna-warni. Seni kata dalam Opera Peking ini bercirikan puisi tradisional China.

 

"Hua Dan" ialah satu watak dalam Opera Peking. Watak ini merujuk kepada watak wanita yang mesra dan bijak. Persembahan Opera Peking amat mementingkan peraturan yang telah ditetapkan dalam budaya tradisi opera ini. Setiap gerak isyarat dan mimik muka pelakonnya mematuhi peraturan dan caranya yang telah ditetapkan.   

 

"Nan Dan" merujuk kepada watak pelakon lelaki yang memainkan peranan wanita dalam opera. Pelakon lelaki ini perlu mempamerkan kejelitaan wanita bukan hanya melalui kostum sahaja, tetapi juga melalui wajah, pergerakan dan lain-lain. 

 

 

王瑾