Liuqin

2018-03-05 15:06:55  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_liuqin16

Liuqin, alat muzik bertali yang bentuk dan cara memainkannya mirip Pipa, selalu dimainkan dalam persembahan opera kalangan rakyat di Provinsi Shandong, Anhui dan Jiangsu, China.

 

Alat muzik ini mendapat namanya, iaitu "Liuqin", kerana bentuknya mirip daun pokok willow.

 

Liuqin dibuat daripada buluh dan dawai keluli. Berbanding Pipa, bunyinya lebih kuat dan lantang, dan nadanya mudah diubah. Ia selalu dimainkan sebagai alat muzik iringan, atau dalam persembahan solo. 

王瑾