Opera Shanghai

2018-03-05 15:37:24  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_22112254I29

 

Opera Shanghai merupakan sejenis opera yang sangat popular di Shanghai, bahagian selatan Provinsi Jiangsu serta Provinsi Zhejiang China. Persembahannya menggambarkan imej metropolitan China pada zaman moden ini dari sudut yang berbeza-beza.

 

 

Opera Shanghai berasal daripada lagu rakyat masyarakat tani dan lagu rakyat biasa di kedua-dua tebing Sungai Huangpu. Dalam proses penyebarannya, ia telah menyerap unsur seni rakyat yang bercorak rap, dan melalui evolusi, ia berubah menjadi Opera Tanhuang yang bercorak rap. 

 

Muzik yang dimainkan dalam Opera Shanghai lembut sekali, dan penuh dengan perasaan. Iramanya sangat merdu didengar, dan penuh dengan unsur seni budaya dari kawasan sebelah selatan Sungai Yangtze.

 

 

Muzik opera ini dimainkan terutamanya dengan alat muzik Erhu, Pipa, Yangqin, Sanxian, flut dan Seruling. Namun, setelah sekian lama, beberapa alat muzik dari Guangdong juga kerap digunakan dalam persembahan ini.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran