Opera Pingju

2018-03-05 15:40:57  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_pingjujuzhao

Opera Pingju yang juga dikenali sebagai Opera Pingqiangbangzi, sangat popular di Beijing, Tianjin, Provinsi Hebei dan bahagian timur laut China. Nama asalnya ialah Opera Bengbeng atau Opera Luozi.

 

 

Opera Pingju mula muncul pada tahun 1910. Dalam proses perkembangannya, ia telah menyerap unsur seni Errenzhuan Timur Laut, iaitu sejenis seni rakyat di bahagian timur laut China yang bercorak duet, serta seni persembahan Opera Peking, wayang kulit dan opera drum, lalu membentuk keistimewaannya yang tersendiri. 

 

Alat muzik yang dimainkan mengiringi Opera Pingju ini terbahagi kepada tiga jenis, iaitu alat muzik petikan, seperti Banhu, Erhu dan Sanxian; alat muzik pukulan, seperti drum dan gong; dan, alat muzik tiupan, seperti flut dan Suona.

 

Pada peringkat awal, hanya terdapat dua watak sahaja dalam Opera Pingju, iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Setelah menyerap unsur Opera Peking dan Opera Bangzi, muncul pula beberapa watak baru dalam opera ini, termasuklah Qing Yi, Hua Dan, Lao Dan, Xiao Sheng, Lao Sheng dan Xiao Chou. Dengan gaya persembahan yang istimewa, terutamanya seperti cara bernyanyi, berdialog dan berlakon, yang mesra penonton, opera ini amat disukai oleh masyarakat China.

 

王瑾