22 Tips Penting Sebelum Melancong ke Luar Negara

2018-03-20 11:00:40  CRI
Share with:

 

22 tips penting sebelum melancong ke luar negara ini perlu diteliti agar anda dapat melancong dengan hati yang senang, tenang dan gembira.

 

22 Tips Penting Sebelum Melancong ke Luar Negara

 

1. Tempah tiket penerbangan awal supaya dapat lebih jimat.

 

2. Jika bercuti pada musim sejuk pastikan ada sekurang-kurangnya sepasang baju termal, sepasang sarung tangan, sepasang stoking bulu kambing, sehelai mafela, sehelai baju sejuk atau sweater, sehelai kot untuk musim sejuk dan sehelai baju hujan.

 

3. Pakai but yang tapaknya berbunga jika negara bersalji. Kasut begini mengurangkan risiko terjatuh akibat jalan yang licin.

 

4. Bawa adaptor dan plag antarabangsa. Sesetengah telefon bimbit dan kamera akan cepat kehabisan bateri, terutamanya semasa musim sejuk.

 

5. Cetak e-tiket penerbangan jika tiket tersebut dibeli secara dalam talian. Mungkin tiket sudah disimpan dalam telefon, namun pelbagai perkara boleh berlaku seperti telefon rosak, kehabisan bateri dan peraturan imigresen negara luar yang masih mahu melihat tiket perjalanan anda.

 

6. Sediakan itinerari (tentatif/program sesuatu perjalanan atau lawatan) sebelum melancong ke luar negara.

 

22 Tips Penting Sebelum Melancong ke Luar Negara

 

7. Cetak slip tempahan hotel, tiket bas, kereta api atau apa-apa sahaja tiket yang dibeli secara dalam talian.

 

8. Tulis nombor telefon pejabat kedutaan negara sendiri di negara yang akan kita kunjungi. Perkara tersebut penting jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.

 

9. Jika anda memang memakai cermin mata, sila bawa cermin mata walaupun anda merancang memakai kanta lekap. Cuaca yang terlampau sejuk boleh menyebabkan mata menjadi kering dan kita akan berasa tidak selesa.

 

10. Jimatkan ruang bagasi dengan membawa peralatan pelbagai kegunaan.

 

11. Cecair yang melebihi 100 ml kebiasaannya tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam pesawat. Belilah yang lebih kecil atau praktikal.

12. Guna kad sim negara yang kita akan lawati kerana lebih jimat.

 

13. Pastikan anda membawa losyen pelembap kulit ketika musim sejuk, tidak kira anda lelaki atau perempuan.

 

14. Perbaharui pasport anda di pejabat imigresen jika tempoh sah pasport kurang daripada 6 bulan. Jangan perbaharui pasport anda pada saat-saat akhir.

 

22 Tips Penting Sebelum Melancong ke Luar Negara

 

15. Periksa sama ada negara yang anda bakal lawati memerlukan visa atau tidak. Tempoh permohonan visa dan tarikh sah laku juga perlu dilihat sebelum melakukan permohonan.

 

16. Tukar duit atau mata wang asing sebelum berlepas. Elakkan menukar wang di lapangan terbang kerana jumlah yang anda bakal dapat lebih sedikit.

 

17. Datang awal ke lapangan terbang sekurang-kurangnya dua jam sebelum perlepasan.

18. Bawa sekurang-kurangnya satu atau dua kad kredit atau kad debit sebagai persediaan. Kalau salah satu kad tak dapat digunakan atas masalah teknikal, maka ada kad lain sebagai pengganti.

 

19. Periksa cuaca negara yang kita akan lawati jika negara tersebut mempunyai 4 musim. Lihat suhu yang dijangkakan kerana perkara tersebut memberikan kita isyarat untuk berjaga-jaga.

 

20. Sebelum menempah tiket kapal terbang teliti sama ada negara yang anda lawati itu sedang cuti umum atau menganjurkan aktiviti-aktiviti yang istimewa.

 

21. Ketika berada di lapangan terbang, jangan sesekali meninggalkan bagasi kita tanpa sebarang pengawasan. Kita juga jangan terlalu baik hati untuk memberikan pertolongan menjaga beg orang lain yang tidak kita kenali.

 

22. Sediakan duit secukupnya sepanjang anda berada di luar negara, sama ada di tangan atau di dalam akaun.

 

Tips-tips penting sebelum melancong di atas memang menjadi persediaan sebelum bercuti ke mana-mana. Tips berkenaan memudahkan kita memastikan semua perkara penting telah dilakukan supaya percutian berjalan dengan lancar.

张薇