Projek HSR Usaha Sama China, Thailand Lancar

2018-03-23 15:43:10  CRI
Share with:
Pembinaan seksyen pertama projek landasan kereta api laju (HSR) Bangkok-Nakhon Ratchasima usaha sama China dengan Thailand sedang berjalan lancar.

Pengarah Jabatan Lebuh Raya Kementerian Pengangkutan Thailand, Thanin Somboom semalam menyatakan bahawa segala kemajuan fasa berkenaan akan digunakan dalam pembinaan seksyen lain. 


Beliau memaklumkan kepada anggota media yang meninjau  tapak pembinaan di Nakhon Ratchasima, kira-kira 3 kilometer tanah telah diratakan untuk seksyen pertama landasan sepanjang 3.5 kilometer. Dengan modal yang mencukupi, kerja pembinaan diyakini dapat selesai dalam masa empat bulan.

Menurut Thanin, pihak Thailand bertanggungjawab membina dasar jalan, dan kerja pembinaan akan disambung oleh pihak China yang mereka bentuk dan memasang landasan. 

Landasan HSR Bangkok-Nakhon Ratchasima sepanjang 253 kilometer melalui enam stesen di sepanjang laluan, dengan kelajuan maksima kereta api 250 kilometer sejam. 

Majlis pecah tanah projek HSR pertama di Thailand ini diadakan pada 21 Disember tahun lepas. 
梁靓