Pakaian Dinasti Qin

2018-03-27 10:58:59  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_pakaianhan1

 

Tempoh pentadbiran Dinasti Qin agak pendek. Oleh itu, meskipun Maharaja Shihuangdi mengeluarkan perintah tentang pakaian, pakaian orang ramai biasanya tetap mewarisi tradisi pada Zaman Negara-negara Berperang. 

 

Menurut arahan Maharaja Shihuangdi, pakaian rasmi lelaki dalam upacara rasmi ialah baju dan skirt dan warna hitam merupakan warna yang paling agung. Pegawai berperingkat tiga ke atas perlu memakai jubah yang berwarna hijau, sedangkan orang jelata hanya dapat memakai jubah yang berwarna putih. Dalam istananya, Maharaja suka permaisuri dan gundik-gundiknya memakain pakaian yang cantik dan mewah, warna pakaian mereka juga mengikut kegemaran Shihuangdi, tapi biasanya menggunakan warna yang berkaitan dengan lima unsur yang paling penting dalam dunia menurut tradisi China, iaitu emas, kayu, air, api dan tanah.

王瑾