Hubungan suami isteri ibarat sebatang pokok bunga. Ia perlu dijaga dan disiram dari semasa ke semasa agar sentiasa subur dan segar. Bagaimana menjaga dan mengekalkan kebahagiaan rumah tangga sepanjang hayat?
Pada zaman purba kala, masyarakat China dipengaruhi oleh pemikiran Konfusianisme yang mengajar manusia menghormati hubungan yang wajar antara ahli-ahli keluarga. Perkahwiman merupakan peristiwa yang amat penting bagi kedua-dua unit keluarga. Pada masa itu, "melayan satu sama lain dengan penuh hormat seperti melayan tetamu" dianggap sebagai suasana yang paling sempurna dalam hubungan suami isteri. Seperti satu peribahasa China Xiāng Jìng Rú Bīn (相敬如宾)adalah membawa erti sedemikian.