Kualiti dan kuantiti, dua aspek yang sering dijadikan kayu ukur bagi hasil sesuatu kerja. Dalam kehidupan kita, setiap yang dilakukan tidak dapat terlepas daripada dinilai kualiti dan kuantitinya.
Pada hakikatnya, kedua-dua aspek ini tidak dapat dipisahkan. Kualiti tanpa kuantiti akan membawa kepincangan, manakala kuantiti tanpa kualiti adalah sia-sia.
Bagaimanapun, ada yang berpandangan aspek kuantiti perlu diutamakan berbanding kualiti, begitu juga wujud pendapat sebaliknya.
Lihat contoh peribahasa "Lan Yu Chong Shu" atau "Berlagak Sebagai Salah Seorang Pemuzik dalam Suatu Pancaragam".
Peribahasa ini membayangkan situasi orang yang tidak berapa pandai mengisi jawatan kosong supaya genap jumlahnya, iaitu kuantiti lebih penting daripada kualiti.
Peribahasa ini juga digunakan untuk mempersenda orang atau golongan yang tidak mempunyai apa-apa kepandaian dan kemahiran, dan sentiasa hidup dalam pura-pura.