Tiada Jalan Pintas untuk Berjaya

2018-03-29 12:26:16  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_tu

Semestinya kita semua pernah mengalami susah payah untuk berjaya dalam kehidupan. Tak kiralah berjaya dalam pelajaran , rumah tangga , atau kehidupan. Dalam apa yang kita lakukan seharian , kerja , atau pelajaran, kita mahukan yang terbaik dan kita mahukan ianya berjaya.

Tetapi itu semua bergantung pada diri masing-masing, ada yang guna jalan pintas untuk berjaya dan ada juga yang mengharungi kesusahan sebelum mencapai kejayaan yang sebenar.

Tetapi, apakah yang diperlukan untuk kita betul betul peroleh kejayaan yang kita mahu? Sudah tentulah kerja keras tanpa jemu serta sifat fokus dan jujur perlu disemai dalam diri untuk dapat apa yang kita ingini.

Di zaman yang serba moden ini, segelintir masyarakat mudah tertipu dengan skim cepat kaya untuk peroleh kekayaan dengan cepat.

Mengejar kedudukan tinggi dari segi sosioekonomi adalah antara faktor ramai rakyat mudah terjerumus dalam skim pelaburan cepat kaya.

Biarpun ada yang menyedari peluang yang ditawarkan oleh skim itu agak mustahil untuk diterima dek akal, namun kerana mahu cepat kaya dengan jalan mudah, mereka hilang pertimbangan berdasarkan prinsip 'tidak cuba tidak tahu'.

Oleh itu, kita kena semaikan sifat seperti “usaha tangga kejayaan” untuk mengelakkan diri kita terjerumus dalam konsep itu yang tidak mendatangkan faedah.

Peribahasa China, Shǒu Zhū Dài Tù (守株待兔) adalah membawa erti sedemikian, yang bermaksud mengharapkan keuntungan dengan cepat semata-mata tanpa usaha. 

周乔西