Peribahasa "Tu Si Hu Bei" yang berasal daripada cerita tentang rubah yang berdukacita atas kematian arnab yang menjadi teman rapatnya ini membawa erti, seseorang itu akan berasa sedih dan pilu atas kematian atau kemalangan yang menimpa sahabat karibnya.
Masyarakat dari pelbagai kaum dan negara hidup bersama sama di bumi ini.
Kesalinghubungan dan integerasi adalah antara satu aspek yang penting pada masa kini.
China mengeluarkan kertas putih “perkembangan China secara damai” pada tahun 2011 yang menyatakan bahawa pelbagai negara perlu bekerjasama demi kepentingan kesejahteraan negara dan dunia. Konsep yang patut diikuti adalah “komuniti saling bergantung antara satu sama lain”. Pelbagai negara kini menghadapi cabaran hampir sama, seperti keselamatan bahan makanan, perubahan iklim, penggodam, pencemaran alam sekitar, jenayah rentas sempadan yang menjejaskan oder antarabangsa dan kehidupan umat manusia.