Tou Shu Ji Qi

2018-03-30 15:31:30  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_b17eca8065380cd7f70c6e42ab44ad345982810b

Setiap individu perlu membuat keputusan dalam menghadapi sesuatu perkara dalam kehidupan harian. Kita semua pernah mengalami kesukaran dalam membuat sesuatu keputusan kerana takutkan akan risiko.

Membuat sesuatu keputusan memang bukanlah hal yang mudah, terutamanya bagi golongan yang memiliki sifat ragu-ragu.

Sifat ragu-ragu boleh dikatakan dimiliki oleh semua individu dan memang merupakan sifat manusia di dunia ini.

Kita biasanya akan mempertimbangkan kesan positif dan kesan negatif bagi dirinya mahupun orang yang lain.

Pada zaman purba, nenek moyang China telah memberi pengajaran umpama ini dalam satu cerita peribahasa, iaitu “Tou Shu Ji Qi” atau "berhati-hati belontari tikus takut balang di sebelahnya pecah". “Tou” itu bermaksud melontar, “Shu” bererti tikus, “Ji” dalam peribahasa ini, maksudnya takut, “Qi” ialah balang.

 

周乔西