Saudara pendengar, hari ini kita akan membincangkan sedikit sebanyak tentang “janji”. Penunaian janji merupakan satu sifat mulia di seluruh dunia tanpa mengira etnik dan kebudayaan yang berbeza.
Terdapat banyak orang ternama memberi pendapat masing-masing tentang sifat yang mulia ini.
Contohnya, Franklin D. Roosevelt, presiden Amerika Syarikat ke-32, pernah menyatakan, menepati janji lebih berharga daripada menjadi terkenal, Honore De Balzac, sasterawan terkenal Perancis pernah berkata, menepati janji seumpama menjaga reputasi seseorang; Herbert A. Simon, ahli ekonomi terkenal AS, pernah menyatakan, seseorang yang memungkiri janjinya seumpama telah mati di dunia ini.
Bagaimana orang China memandang sifat mematuhi janji ini?