Ding Xu: Pakar Dialek Islam di Xi'an

2018-04-06 16:11:06  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_21

Ding Xu, 69 tahun merupakan penduduk etnik Hui yang menganut agama Islam sejak turun-temurun.

Beliau terkenal dengan penghasilan karya Dialek Etnik Hui Xi'an. Setelah lulus dari sekolah menengah, Ding pernah bekerja di dua buah perusahaan. 

图片默认标题_fororder_22

Pada tahun 1982, Ding yang sudah berusia 34 tahun, memasuki Universiti Siaran Radio dan Televesyen Shaanxi. Menurut Ding, tujuan beliau melanjutkan pelajaran ke universiti adalah untuk mengkaji dialek Hui.

Dialek Hui mempunyai sejarahnya yang tersendiri dan dipenuhi dengan unsur-unsur kebijaksanaan dan humor. Dialek itu menonjolkan keunikan budaya Jalan Sutera yang telah bersejarah selama dua ribu tahun. 

Pada zaman dahulu, penduduk Parsi berhijrah ke Xi'an untuk berniaga atau bekerja sebagai tentera. Kebanyakan mereka lelaki. Mereka berkahwin dengan penduduk etnik Han dan turut bertutur dalam bahasa Mandarin, namun bahasa Mandarin mereka mempunyai dialek sendiri.

图片默认标题_fororder_23

Pada zaman sekarang, masyarakat telah mengalami banyak perubahan. Banyak dialek mulai hilang ditelan zaman.

Ding Xu berasa bimbang sekiranya dialek yang mencerminkan kebijaksanaan nenek moyang hilang begitu sahaja. 

图片默认标题_fororder_24

Dalam tempoh lebih 30 tahun yang lalu, beliau sentiasa membawa pen dan kertas untuk mencatat dialek yang pernah dituturkan oleh penduduk etnik Hui di pelbagai kawasan di Xi'an. Selain itu, beliau turut mempelajari bahasa Parsi, bahasa Arab, Tujue, Mongolia, Uygur, Tibet dan Manchu serta membuat penyelidikan tentang pelbagai catatan sejarah.

Menurut beliau, cara pertuturan etnik Hui merupakan komponen penting dalam khazanah bangsa China, manakala pertuturan etnik Hui di Xi'an pula menjadi bahagian penting dalam pelbagai dialek di kawasan barat laut China. Dialek itu memperlihatkan ciri daerah, etnik, agama dan adat resam. 

徐国玮