Pusat Kebudayaan dan Kesenian Hui di Wuzhong, Ningxia

2018-04-06 14:39:16  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_71

Bandar Wuzhong terletak di tengah Wilayah Autonomi Etnik Hui Ningxia, China. Bandar itu merupakan komuniti Islam yang kaya dengan budaya yang bersejarah. Warisan budaya bukan benda di bandar itu antaranya termasuklah kesusasteraan, muzik, tarian, drama, lukisan, sukan tradisional, perubatan dan adat resam. 

Pada September 2013, Pusat Budaya dan Kesenian Wuzhong membina ruang pameran seluas lebih 700 meter persegi untuk mempamerkan warisan budaya bukan benda.

图片默认标题_fororder_73

Pameran tersebut menggunakan gambar, lukisan dan barangan untuk memperkenalkan pelbagai warisan budaya bukan benda di komuniti Islam yang sudah lama bersejarah itu. Pada ketika ini, tiga budaya di Wuzhong telah disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda kebangsaan. Sebanyak 40 budaya yang lain seperti pakaian etnik Hui, wusyu dan kraf tangan potongan kertas etnik Hui turut disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda peringkat provinsi. Selain itu, kerajaan Wuzhong telah menubuhkan tujuh pusat perlindungan warisan budaya bukan benda peringkat provinsi. 

图片默认标题_fororder_72

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, Wuzhong telah mengadakan pertukaran dengan provinsi-provinsi lain di China tentang warisan budaya bukan benda, malah menyertai aktiviti di Malaysia dan Jepun.

图片默认标题_fororder_74

徐国玮