Seni Kraf Tangan Tanah Liat Etnik Uygur

2018-04-14 16:11:34  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_11

Kashgar yang terletak di Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, China memiliki adat resam etnik Uygur yang unik. Antara seni kraf tangan tradisional etnik Uygur yang unik di kawasan itu termasuklah kopiah, peralatan tembaga, alat muzik dan permaidani yang telah berjaya menarik pelanggan dari dalam dan luar negeri.

Di kawasan lama tenggara Kashgar, terdapat sebuah kawasan perumahan yang bernama "tanah liat di lereng gunung". Kawasan itu juga dikenali sebagai "jalan tanah liat". Kawasan perumahan itu sudah wujud sejak lebih dua ribu tahun yang lalu. 

图片默认标题_fororder_12

Ketika penduduk Uygur menggali tanah untuk membina bangunan di kawasan itu pada zaman dahulu, mereka menemui sejenis tanah yang sangat halus dan mudah melekat.

Pada kira-kira 800 tahun yang lalu, seorang tukang tanah liat telah membuka pusat membuat tembikar yang pertama di kawasan tersebut.

Sejak itu, kehidupan penduduk Uygur sudah tidak boleh dipisahkan dengan seni kraf tangan tanah liat lagi. 

图片默认标题_fororder_13

Mereka menggunakan tanah liat untuk membuat mangkuk, bekas makanan, tempat mencuci muka, bekas air, tempat mencuci baju, bekas lilin, katil untuk bayi serta alat untuk memburu burung.

Pada tahun 2006, seni kraf tangan tanah liat Uygur disenaraikan sebagai warisan budaya bukan benda peringkat kebangsaan dan provinsi.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
徐国玮