Bilangan siswa dari negara-negara terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) yang melanjutkan pelajaran di universiti China semakin meningkat berikutan interaksi dan kerjasama antarabangsa yang kian rancak.
Data Kementerian Pendidikan China menunjukkan bahawa pada tahun lepas, seramai 317,200 pelajar dari negara-negara terlibat dalam B&R melanjutkan pengajian di universiti di China, angka ini meningkat 11.5% berbanding tahun sebelumnya.
Kebelakangan ini, kerajaan China menawarkan semakin banyak biasiswi yang menyasarkan negara-negara jiran dan peserta B&R sebagai strategi pembangunan rizab tenaga kerja berbakat.
Pada tahun 2016, jumlah penerima biasiswa dari negara-negara B&R mencecah 61% keseluruhan pelajar asing yang ditaja kerajaan China, meningkat 8.4% berbanding 2012.