B&R Buka Jalan Baharu bagi Kemakmuran Bersama

2018-05-18 15:53:20  CRI
Share with:

Inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R) terbukti memenuhi keperluan era globalisasi, membawa manfaat ketara kepada rakyat negara-negara terlibat, sekali gus membuka jalan baharu bagi kemakmuran bersama.

 

Ujar Menteri Luar China, Wang Yi dalam sidang akhbar susulan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Perancis, Jean Yves Le Drian kelmarin, B&R amat dinamik dan memiliki prospek luas. 

 

Menurut beliau, inisiatif yang dikemukakan China itu telah memberi faedah kepada seluruh dunia. Dalam tempoh lima tahun lalu, jumlah perdagangan China dengan negara-negara B&R melebihi USD 4 trilion (RM15.9 trilion), dan pelaburan antara satu sama lain melebihi USD 60 bilion (RM239 bilion). 

 

China telah membuka laluan penerbangan langsung dengan 43 negara berkenaan, selain menubuhkan 75 zon kerjasama perdagangan di seberang laut yang mencipta lebih 200 ribu peluang kerja.

 

Walau bagaimanapun, tahap pembangunan dan keperluan kerjasama antara pelbagai negara tidak sama. China dan Perancis boleh menyertai pembangunan B&R berdasarkan prinsip sama rata dan rundingan, agar saling melengkapi dan memperluas ruang kerjasama.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾