Sebutan 20 Mei (520), iaitu tarikh hari ini dalam bahasa Mandarin kedengaran lebih kurang sama dengan sebutan "Wo Ai Ni" yang bermaksud "aku cinta padamu". Sehubungan dengan itu, lahirlah satu pesta baharu pada zaman internet ini di China.
Apa cerita tentang kasih sayang antara pemimpin tertinggi China, iaitu Presiden Xi Jinping dengan isterinya Puan Peng Liyuan?

Presiden Xi amat mengambil berat terhadap kebahagiaan keluarga, terbukti dengan sikapnya yang menghormati dan melayani ibubapa serta kasih sayang dan penjagaannya terhadap isteri dan anak.
Xi dan Peng yang saling menyayangi dan menyokong sudah pun menjadi "pasangan teladan" yang diakui umum.

Tanpa majlis yang besar-besaran, Xi Jinping dan Peng Liyuan berkahwin pada September, 1987. Pasangan pengantin baru itu mengundang sahabat dan kawan karib dengan jamuan makan yang sebesar satu meja sahaja. Bagi mereka, kebahagiaan datang dari hati yang dekat, bukanlah dari perbuatan yang menunjuk-nunjuk.

Setelah berumah tangga, Xi dan Peng kurang masa untuk hidup bersama-sama kerana Xi sebagai pemimpin dan pegawai sering meninjau ke sana sini, manakala Peng sebagai bintang penyanyi selalu diberi tugasan persembahan. Tetapi, kecintaan mereka sama sekali tidak terjejas akibat keadaan macam itu. Contohnya, Peng tidak lupa membuat satu selimut untuk Xi yang bertugas di Fujian, di mana cuacanya sangat sejuk pada musim sejuk, sedangkan Xi pula tidak lupa menyiapkan masakan 'Jiaozi' di rumah dan menunggu kepulangan Peng yang bertugas dalam persembahan malam gala CCTV pada malam terakhir menjelang Tahun Baru Cina.

Selepas menyandang jawatan pemimpin negara, Xi Jinping dan Puan Peng mengekalkan hubungan suami isteri yang mesra dan saling menyayangi sehingga mendapat panggilan mesra "Xi Da Da" dan "Peng Ma Ma" oleh orang ramai.

Xi Jinping yang mementingkan kebahagiaan keluarga, berikrar berjuang demi rakyat seluruh China untuk hidup bahagia sekeluarga. Beliau pernah berkata, "Kemakmuran negara, kebangkitan bangsa dan kebahagiaan rakyat sebenarnya merujuk kepada usaha membuatkan setiap keluarga hidup bahagia, dan menjadikan taraf hidup rakyat semakin meningkat."
"Kami akan terus bersatupadu memimpin rakyat berjuang dan berusaha bersama-sama untuk merealisasikan cita-cita tentang hidup bahagia." Inilah apa yang dijanjikan dan juga apa yang diperjuangkan oleh Presiden Xi.
