Beijing, Phnom Penh Jalin Hubungan Bandar Bersahabat

2018-05-22 12:54:59  CRI
Share with:

Beijing, China dan Phnom Penh, Kemboja menjalinkan hubungan bandar bersahabat secara rasminya pada Isnin lalu.

Perjanjian berkenaan telah ditandatangani oleh Ketua Jabatan Kerjaan Barisan Bersatu Jawatankuasa Bandar Beijing Parti Komunis China, Qi Jing dan Datuk Bandar Phnom Penh, Khuong Sreng di Phnom Penh.

Menurut perjanjian berkenaan, Beijing dan Phnom Penh akan menjalankan interaksi dan kerjasama dalam bidang ekonomi, perdagangan, perlindungan alam sekitar, pelancongan, sains dan teknologi, budaya, pendidikan, sukan, kesihatan dan tenaga profesional, berlandaskan prinsip saling menguntungkan.

Qi Jing berkata, selaku ibu kota negara masing-masing, Beijing dan Phnom Penh telah merancakkan interaksi dan kerjasama di pelbagai peringkat pada beberapa tahun lalu.

Pihaknya komited terus mempergiat kerjasama pragmatik antara kedua-dua bandar bersempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik China-Kemboja.

Datuk Bandar Phnom Penh, Khuong Sreng pula menyanjung tinggi ikatan yang terjalin antara kedua-dua ibu kota ini, dan menyatakan bahawa hubungan bandar bersahabat akan membantu menggalakkan kerjasama antara satu sama lain.

覃淼