Kuasa asing tidak wajar campur tangan dalam urusan dalaman Hong Kong.
Demikian ujar jurucakap kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong ketika mengulas laporan Amerika Syarikat (AS) mengenai dasar Hong Kong.
Jurucakap itu berkata kerajaan Hong Kong melaksanakan pentadbiran dengan tahap autonomi tinggi dan "orang Hong Kong mentadbir Hong Kong" selepas dipulangkan kepada tanah air, yang menggambarkan dasar "satu negara dua sistem" dipraktikkan sepenuhnya.