
Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Sayyed Ali Khamenei semalam mengeluarkan arahan supaya Agensi Atom Iran meningkatkan kemampuan pengayaan uranium dengan serta-merta.
Lapor stesen TV kebangsaan Iran, Khamenei mengarahkan agensi tersebut segara memulihkan kemampuan pengayaan uraniumnya ke tahap 190,000 SWU (separative work units).
Pada Julai 2015, Iran dan enam negara iaitu Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Rusia, China dan Jerman mencapai perjanjian komprehensif berhubung isu nuklear.
Menurut perjanjian berkenaan, Iran berjanji akan mengehadkan program nuklearnya namun mengekalkan hak menggunakan tenaga nuklear dengan tujuan damai, sementara masyarakat antarabangsa membatalkan sekatan terhadapnya.
Pada 8 Mei lalu, AS mengundurkan diri daripada perjanjian tersebut, di samping mengenakan semula sekatan terhadap Iran.
Sehubungan itu, Iran menyatakan akan terus berunding dengan pihak-pihak lain, namun tidak teragak-agak untuk memulihkan program pengayaan uranium jika perjanjian berkenaan gagal memastikan kepentingannya terjamin.