Negara-Negara Lembah Sungai Mekong Tarik Pelancong China

2018-07-02 15:01:22  CRI
Share with:

Forum pelancongan Sungai Mekong 2018 diadakan di Nakhon Phanom, Thailand pada 26 hingga 29 Jun lalu.
 
Forum kali ini disertai kira-kira seratus orang pegawai kerajaan, sarjana dan agensi pelancongan dari China, Thailand, Kemboja, Laos, Myanmar dan Vietnam. Mereka telah membincangkan kaedah untuk menjana industri pelancongan pelbagai tempat dan meningkatkan mutu perkhidmatan berkaitan.

Seiring dengan peningkatan jumlah pelancong China ke kawasan lembah Sungai Mekong, negara-negara yang terlibat memberikan perhatian tinggi untuk menarik pelancong dari negara ini. Cara pembayaran seperti Unionpay dan Alipay telah ditawarkan untuk menarik pelancong China.

China telah menjadi sumber pelancong utama bagi Thailand, Kemboja, Laos dan Vietnam dalam beberapa tahun lalu. Jumlah pelancong China ke Thailand mencatat kira-kira 10 juta orang setiap tahun dan menduduki kira-kira 30% jumlah pelancong asing ke negara itu.

 

徐国玮