Tiada pemenang dalam perang perdagangan. Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang mencetuskan perang perdagangan bukan sahaja akan menjejaskan kepentingan negara lain, malah kepentingannya sendiri.
Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang dalam sidang akhbar di Beijing semalam.
Kerajaan AS mengumumkan akan memberikan bantuan berjumlah USD12 bilion (RM48.8 bilion) kepada petani tempatan untuk menggantikan kerugian akibat perang perdagangan dengan China.
Mengulas hal itu, Geng berkata, seperti yang telah kerap kali disebut, tiada pemenang dalam perang perdagangan. China menggesa AS mendengar suara rasional pelbagai lapisan masyarakat di negaranya serta seruan masyarakat antarabangsa, memahami situasi semasa, dan mempertimbangkan baik dan buruk, supaya tidak terus menuju ke arah yang salah.