Pelaburan Asing di China Terus Meningkat

2018-08-14 14:29:28  CRI
Share with:

Sebanyak 29,591 syarikat modal asing dibuka di China pada separuh pertama tahun ini, iaitu 96.6% lebih banyak berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut Kementerian Perdagangan China, penggunaan sebenar modal asing mencatat USD68.32 bilion (RM279.7 bilion), naik 4.1%, sementara jumlah pelaburan dari Amerika Syarikat (AS) meningkat 29.1%.

Dalam konteks impak perang perdagangan, peningkatan ini membuktikan pelabur asing masih yakin sepenuhnya akan prospek pembangunan China.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada keyakinan ini, seperti potensi pengeluaran dan penggunaan di China.

Golongan kelas menengah di seluruh dunia dijangka mencecah 4.9 bilion orang pada tahun 2030, dengan dua pertiga daripadanya di Asia, kebanyakannya di China.

Peluang integrasi pengeluaran dan penggunaan akan terlebih dahulu dilihat daripada hasil keterbukaan pasaran China, yang bakal menarik lebih banyak urus niaga syarikat multinasional.

Kelebihan China dari segi rantaian industri yang lengkap mampu menyokong kegiatan pengeluaran syarikat modal asing, begitu juga skala kapasiti pengeluaran China yang saling melengkapi daya inovasi negara-negara maju.

Walaupun impak perang perdagangan belum dilihat ketara, namun dari perspektif yang lebih menyeluruh, pemulihan ekonomi dunia secara sederhana akan mencipta suasana yang baik untuk China menarik pelaburan asing. Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi global 3.9% pada tahun ini.

Satu lagi faktor penyumbang, China akan terus meningkatkan keterbukaan. Pada tahun ini, langkah telah diambil untuk melonggarkan akses dalam beberapa sektor, termasuk perbankan dan automotif.

Asalkan ekonomi domestik China beroperasi dengan stabil, pasaran berskala gergasi yang mampu memberi sokongan baik akan terus menarik kemasukan pelaburan asing.

Tiada sebab untuk mana-mana pihak mempersoalkan kemampuan China menarik pelaburan asing semata-mata kerana berlakunya perang perdagangan.

覃淼