Xi Jinping Ucap Tahniah Ulang Tahun ke-60 CCTV

2018-09-26 14:56:20  CRI
Share with:

Presiden China, Xi Jinping mengutus surat tahniah sempena ulang tahun ke-60 stesen Televisyen Pusat China (CCTV), juga atas kelahiran industri TV China yang baharu. 

Xi mewakili Parti Komunis China (PKC) menyampaikan salam kepada kakitangan Kumpulan Media China (CMG) dan semua pekerja yang terlibat dalam penyiaran televisyen di seluruh negara.

Dalam suratnya, Xi berkata industri penyiaran televisyen sebahagian penting dalam tugas parti. Di bawah pimpinan PKC, pekerja-pekerja televisyen China telah membuat sumbangan besar kepada parti dan rakyat dalam masa 60 tahun yang lalu.

CMG diharap menempa nama di persada antarabangsa pada suatu hari nanti, dengan kepimpinan, komunikasi dan pengaruh yang kuat, untuk merealisasikan matlamat "Dua Seratus Tahun" serta impian kebangkitan nusa dan bangsa China.

Majlis bagi memperingati ulang tahun ke-60 CCTV diadakan di Beijing pagi tadi, anjuran CMG. 

Anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC merangkap ketua Jabatan Penerangan Jawatankuasa Pusat PKC, Huang Kunming turut hadir menyampaikan ucapan.

CCTV yang ditubuhkan pada 1 Mei 1958 digabungkan dengan Radio Nasional China (CNR) dan Radio Antarabangsa China (CRI) menjadi Kumpulan Media China (CMG) pada Mac tahun ini.

梁靓