Masjid Jingjue di Nanjing

2018-09-28 16:32:14  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_51

Masjid Jingjue yang dibina pada tahun 1,388 merupakan masjid yang tertua dan terbesar di bandar Nanjing provinsi Jiangsu, China. Kawasan masjid seluas empat ribu meter persegi itu disenaraikan sebagai peninggalan sejarah penting peringkat provinsi.

图片默认标题_fororder_54

Masjid itu pernah terbakar pada tahun 1,430. Laksamana Cheng Ho yang sedang membuat persiapan bagi membawa konvoinya kali ke-7 untuk belayar ke Asia Tenggara meminta bantuan maharaja. Maharaja kemudiannya menggunakan wang negara untuk membina semula masjid itu.

图片默认标题_fororder_53
 

Kira-kira 500 orang solat berjemaah pada setiap hari Jumaat. Ketika hari kebesaran Islam, kira-kira lima ribu orang umat Islam datang ke masjid itu untuk solat berjemaah.

图片默认标题_fororder_52

徐国玮