China Kemuka Tiga Saranan mengenai Isu Pelarian

2018-10-04 14:40:47  CRI
Share with:

Wakil Tetap China ke pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Yu Jianhua telah membentangkan pendirian dan saranan China mengenai isu pelarian semasa perdebatan am mesyuarat ke-69 Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian kelmarin.

Yu berkata, situasi pelarian di seluruh dunia makin serius pada tahun-tahun kebelakangan ini. Beliau menghuraikan tiga saranan China mengenai tadbir urus sejagat melibatkan isu berkenaan.

Pertama, rangka multilateral perlu dijadikan pegangan ketika menangani cabaran global seperti masalah pelarian. Kedaulatan negara harus dihormati, kewibawaan mekanisme multilateral berteraskan PBB mesti dijaga, dan fungsinya dimanfaatkan sepenuhnya.

Kedua, negara-negara harus memenuhi tanggungjawab yang ditetapkan berdasarkan prinsip "bersama tetapi berbeza", dan meningkatkan sokongan kepada Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR) serta negara-negara pemberi suaka, di samping mencantas punca isu pelarian seperti perang dan kemiskinan hingga ke akar umbi.

Ketiga, keobjektifan dan keberkecualian hendaklah dikekalkan ketika mengendalikan isu pelarian. Mekanisme perlindungan pelarian tidak boleh dijadikan alat untuk masyarakat antarabangsa dan UNHCR mencampur tangan dalam urusan dalaman mana-mana negara.

Kata Yu Jianhua, China bersedia menyumbang tenaga untuk membaiki tadbir urus pelarian global bersama-sama semua pihak terlibat.

曹捷