Laporan 301 AS Langgar Peraturan WTO

2018-10-06 14:54:43  CRI
Share with:

South Center, pertubuhan antarabangsa yang beribu pejabat di Geneva baru-baru ini mengeluarkan sebuah laporan penyelidikan yang menunjukkan bahawa Perkara 301 Undang-Undang Perdagangan 1974 AS telah melanggar peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), mencabar multilateralisme serta membawa impak negatif terhadap ekonomi dunia.

South Center yang mempunyai 54 negara anggota, adalah sebuh pertubuhan antara kerajaan negara membangun yang ditubuhkan pada tahun 1955. Laporan yang sepanjang hampir 50 halaman ini terdiri daripada tujuh bahagian yang masing-masing membentangkan sejarah dan matlamat Perkara 301 Undang-Undang Perdagangan 1974 AS serta kerosakan yang dibawanya terhadap sistem perdagangan multilateral. Ketua South Center, Carlos Maria Correa menyatakan bahawa laporan itu secara sistematik mendedahkan Perkara 301 Undang-Undang Perdagangan 1974 AS adalah tidak sah.

Laporan tersebut menunjukkan bahawa AS yang menjalankan siasatan berdasarkan Perkara 301 adalah mengikuti standard negara itu sendiri, yang bukan standard WTO. Langkah yang diambilnya merupakan ancaman terhadap keseluruhan sistem perdagangan multilateral.

Carlos menyatakan bahawa walaupun pergeseran ekonomi dan perdagangan yang dicetuskan AS telah membawa ketidaktentuan kepada pembangunan ekonomi dunia, tetapi beliau penuh yakin terhadap kestabilan dan pembangunan ekonomi China. 
 

曹捷