Menjaga Rusa Kutub di Banjaran Xing’anling Besar

2018-10-08 11:43:57  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1123452602_15373257279201n

Sebanyak 193 ekor rusa kutub dijaga oleh perusahaan hutan Yueanli seliaan Biro Industri Perhutanan Genhen Banjaran Xing’anling Besar yang terletak di Wilayah Autonomi Monggolia Dalam. 145 ekor daripadanya diimport dari Belanda; manakala 43 ekor lain berasal dari kawasan itu dan lima ekor lagi merupakan anak rusa yang dilahirkan pada tahun ini. Ketika ini, lima pekerja ditugaskan bagi kerja-kerja penjagaan rusa kutub tersebut.

Di China, bilangan rusa kutub di hutan timur laut banjaran Xing’anling Besar semakin kurang berikutan isu seperti perubahan iklim. Biro Industri Perhutanan Genhen Banjaran Xing’anling Besar berhasrat untuk terus mengimport rusa kutub dari Belanda pada masa depan selain membina pusat penternakan rusa kutub China.

图片默认标题_fororder_1123452602_15373257279641n

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷