Lebih 600 Media Liput CIIE

2018-11-05 11:50:47  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6016_843f5f29-dff9-4f6c-a5d3-1c5c356316e9


Pusat media bagi Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama yang dijadualkan berlangsung di Shanghai pada 5 hingga 10 November, beroperasi secara rasmi semalam.

Setakat ini, seramai lebih 4,100 wartawan dari 630 agensi media dari dalam dan luar China membuat liputan terhadap ekspo itu.

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6016_acbc393f-3a77-4c3a-bae8-5fabd027e761


Terletak di Pusat Pameran dan Persidangan Negara Shanghai, jumlah keluasan pusat tersebut kira-kira 13 ribu meter persegi, dilengkapi pelbagai perkhidmatan, ruang kerja awam dan khas, bilik siaran radio, TV dan media baharu, ruang siaran akhbar serta ruang makan dan minum.

Rangkaian WiFi meliputi keseluruhan pusat media untuk kemudahan wartawan. 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_6016_8aa246ef-25ed-4bc2-b9fa-0ccc4ecabc3d

曹捷