Xi Jinping Temu PM Laos

2018-11-05 16:32:09  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_lw

Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Perdana Menteri Laos, Thongloun Sisoulith di Shanghai semalam, mengalu-alukan kehadiran tetamu kehormat itu ke Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama.

Xi menyatakan hubungan antara China dengan Laos berada pada tempoh terbaik dalam sejarah. Berdepan situasi dan cabaran baharu, kedua-dua pihak hendaklah mengekalkan komunikasi strategik secara rapat dan meningkatkan pertukaran pengalaman dalam pentadbiran negara.

图片默认标题_fororder_lw2
Katanya, kerjasama pragmatik perlu digalakkan, begitu juga pembangunan Koridor Ekonomi China-Laos dan landasan kereta api antara satu sama lain. Kedua-dua pihak harus mengintensifkan kerjasama melibatkan kehidupan rakyat dan bantuan bencana, bersama-sama menjayakan Tahun Pelancongan China-Laos pada tahun depan, serta mempertingkat kerjasama Lancang-Mekong.

Thongloun Sisoulith pula berkata, Laos mendapatkan manfaat daripada inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), dan bersedia menjadi jiran, sahabat, komrad dan rakan kongsi yang baik dengan China.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
高蕾