MOA Malaysia: CIIE, Lambang Perluas Keterbukaan

2018-11-06 16:02:56  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder_1725925118

Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) menunjukkan China akan terus memperluas keterbukaan kepada pasaran dunia pada masa depan.

Demikian ujar Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA), Sim Tze Tzin dalam temu bual eksklusif bersama CRI selepas menghadiri majlis potong reben perasmian pameran Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan di Shanghai pagi tadi.

Sim berkata, rantau ASEAN sedang berusaha menggiatkan integrasi serantau berikutan dasar pintu terbuka diperdalam di China.

Kerajaan Malaysia berhasrat memperkasakan kerjasama dengan China dalam bidang ekonomi dan perdagangan, mempererat pertukaran lawatan peringkat tinggi, serta merancakkan interaksi dalam kalangan rakyat kedua-dua negara, khususnya golongan belia.

Sim turut mengalu-alukan syarikat China menjalankan pelaburan dalam sektor pemprosesan hasil pertanian di Malaysia.

Selain itu, MOA akan terus menggalakkan pengeksportan durian Musang King ke pasaran China dengan seawal mungkin.

周乔西