Xi Alu-alukan Semua Pihak Teroka Pasaran China

2018-11-06 13:16:57  CRI
Share with:

 

图片默认标题_fororder_1123667939_15414323610961n


Presiden China, Xi Jinping telah mengadakan pertemuan dengan pemimpin dari Rusia, Republik Czech, Hungary dan Lithuania di Shanghai petang semalam, selepas perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pertama.

Xi mengalu-alukan penyertaan mereka dalam CIIE, dan berharap semua pihak dapat memanfaatkan platform itu untuk terus meneroka pasaran China.

Ketika bertemu dengan Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev, Xi menyatakan bahawa China dan Rusia berada dalam fasa pembangunan negara yang kritikal, dan berdepan persekitaran antarabangsa yang sangat rumit.

图片默认标题_fororder_1123667939_15414375236211n

 

Hubungan yang bertaraf tinggi dan kerjasama strategik yang selaras antara kedua-dua pihak semakin mustahak, sementara pelaksanaan konsensus antara pemimpim menjadi tugas utama pada fasa akan datang.

Medvedev pula mengucapkan terima kasih kepada China yang mengundang Rusia sbagai salah satu tetamu kehormat, sambil menyatakan kesediaan pihaknya untuk menyertai CIIE setiap tahun. Katanya, CIIE adalah platform yang amat baik bagi merancakkan kerjasama antara negara dan syarikat.

00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷