Pembaharuan dan dasar pintu terbuka patut diperdalam dengan keyakinan dan keazaman yang kukuh.
Pihak berkenaan harus mempercepat usaha untuk meningkatkan daya saing bandar agar memangkin pembaharuan dan pembangunan negara.
Demikian ujar Presiden China, Xi Jinping ketika menjalankan tinjauan di Shanghai selepas menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) pada 6 hingga 7 November lalu.
Dalam lawatan tinjauan ke Shanghai kali ini, Presiden Xi mengunjungi beberapa syarikat dan komuniti tempatan, di mana beliau mendengar laporan tentang keadaan ekonomi, inovasi sains dan tekonologi dan pengurusan bandar.
Semasa melawat Pelabuhan Yangshan, Xi Jinping berkata, pembinaan dan operasi pelabuhan ini bukan sekadar menciptakan syarat dan peluang yang lebih baik bagi Shanghai untuk memperluas keterbukaan kepada pasaran dunia, malah mempercepat proses pembangunan pusat perkapalan antarabangsa dan Zon Perdagangan Bebas Perintis.