CIIE Tawarkan Peluang Baharu kepada Negara-negara Membangun

2018-11-10 14:36:40  CRI
Share with:

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_76062bf4-f561-4849-ba4b-cb71917e5a9c

 

Di ruang pameran makanan dan produk pertanian yang paling menarik dalam Ekspo Import Antarabangsa China(CIIE) pertama di Shanghai, peniaga datang dari negara membangun dan negara kurang maju masing-masing mempromosikan dengan aktif produk-produk yang bercirikan sendiri, dan turut menarik ramai peniaga negara lain untuk membincangkan urusan kerjasama dengan mereka.

 
图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_69d3bace-4267-4033-a5e4-f72634bc0269

Presiden China, Xi Jinping pernah berulang kali menyeru agar pelbagai negara membangun bersama-sama melaksanakan pembangunan dan perkembangan. Ternyata, seruan itu mula dilaksanakan dalam CIIE. Sempena negara moden masing-masing mempamerkan teknologi dan produk sains yang canggih, negara membangun dan negara kurang maju membawa produk istimewa untuk dipamerkan, termasuk makanan, produk pertanian, pakaian dan barang kegunaan harian serta sumber pelancongan dan sosiobudayaan yang kaya. Mengejar hidup bahagia merupakan hasrat bersama rakyat pelbagai negara, dan siapa pun tidak boleh ketinggalan dalam perjuangan untuk membangun. Konsep pembinaan komunikasi berkongsi nasib sesama insan yang dikemukakan Presiden Xi dan sarannya beliau pada majlis perasmian CIIE tentang 'menggalakkan pembangunan bersama demi kesejahteraan umum', telah menunjukkan hala tuju dan jalan untuk mewujudkan hasrat itu.
 

图片默认标题_fororder___172.100.100.3_temp_9500033_1_9500033_1_1_119ba02f-c205-4a8a-a719-fe12a51c11c9

 


CIIE kali ini disertai lebih 3,600 syarikat yang melibatkan 172 buah negara, kawasan dan pertubuhan tarabangsa. Serentak itu, China menawarkan dua gerai percuma untuk setiap negara kurang maju yang menyertai CIIE, mengecualikan atau mengurangkan bayaran pengangkutan produk mereka, malah membantu mereka menganjurkan siri aktiviti ekonomi dan perdagangan yang mempunyai ciri-ciri tersendiri.

Negara membangun dan negara kurang maju yang memiliki produk istimewa yang berkualiti telah menemui peluang dan pasaran dalam CIIE. Syarikat pemprosesan daging Brazil, Kumpulan JBS pada hari kedua CIIE telah menandatangani perjanjian pembelian bernilai USD1.5 bilion (RM6.3 bilion) bagi tempoh tiga tahun dengan Kumpulan Alibaba.
Sebagaimana yang dinyatakan Presiden China, Xi Jinping, dengan konteks globalisasi ekonomi dunia berkembang terus, melaksanakan pembangunan demi kesejahteraan umum, saling menguntungkan dan menang-menang barulah jalan perkembangan yang betul. 
00:00:00/00:00:00
Waktu Solat
beijing
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
  • Fajr
    04:13
Kadar Tukaran
曹捷