Presiden China Xi Jinping mengunjungi pameran menyambut ulang tahun ke-40 dasar pembaharuan dan pintu terbuka yang diadakan di Muzium Negara semalam.
Xi, yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat berkata, sejak dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan 40 tahun yang lalu, rakyat China berusaha gigih dan mengharungi pelbagai kesukaran, sehingga mencapai pembangunan negara dan bangsa yang mengagumkan.
Asalkan rakyat China terus berpegang pada fikiran sosiolisme yang bercirikan China pada era baharu, terus memperkasakan dasar pembaharan dan pintu terbuka, China pasti akan menyambut masa depan yang lebih cemerlang.