Capai Konsensus Melalui Rundingan Prinsip Asas Kerjasama APEC

2018-11-20 15:37:09  CRI
Share with:

Konsensus dicapai melalui rundingan antara prinsip asas bagi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), juga prasyarat untuk menjamin perkembangan sihat mekanisme berkenaan.

China bersedia memperkasakan interaksi dengan pelbagai pihak bagi menggalakkan kerjasama APEC.

Demikian ujar jurucakap Kementerian Luar China, Geng Shuang di Beijing semalam.

Percanggahan antara China dan AS dilaporkan menjadi faktor utama yang menyebabkan perisytiharan pemimpin gagal dikeluarkan sebelum Mesyuarat Pemimpin Tidak Rasmi APEC ke-26 di Papua New Guinea berakhir baru-baru ini.

Menyentuh laporan itu, Geng Shuang berkata, China menyokong Papua New Guinea menganjurkan mesyuarat tersebut sebagai pengerusi dan telah memainkan peranan konstruktif untuk mendorong mesyuarat berkenaan mencapai hasil yang positif.

Tambah beliau, kebanyakan anggota APEC, khususnya dari negara membangun menyokong multilateralisme dan sistem perdagangan pelbagai hala. Mereka telah menyatakan pendirian yang tegas dan jelas untuk menentang amalan perlindungan perdagangan.  

张哲